NiceHash Digodam, Bitcoin Bernilai RM285 Juta Dilarikan ‘Hackers’ - Nosasyraf

Breaking

Home Top Ad

Post Top Ad

Responsive Ads Here

Saturday, 16 December 2017

NiceHash Digodam, Bitcoin Bernilai RM285 Juta Dilarikan ‘Hackers’

Baru pelabur Bitcoin hendak bergembira dengan nilai Bitcoin yang kini sudah mencecah nilai lebih USD13,000, keluar pula berita laman melombong terkenal dan legit, NiceHash digodam Hackers yang telah mencuri Bitcoin bernilai lebih USD70 juta (RM285 juta) daripada akaun NiceHash.
Laman itu kini menghentikan operasi seketika selama 24 jam. CEO dan Co-Founder NiceHash, Marko Kobal dan Sasa Coh telah pun membuat permohonan maaf melalui live-streaming di laman Facebook dan menerangkan tindakan akan diambil untuk menyiasat kejadian ini.
nicehash
KENYATAAN PIHAK NICEHASH DI LAMAN WEB MEREKA KETIKA INI
Advertisement
Menurut Kobal, sejumlah 4,700 Bitcoin telah dicuri daripada dompet digital NiceHash, tempat untuk menyimpan mata wang kripto ini secara atas talian pada 6 Disember lalu. Bitcoin wallets, seperti mana sistem simpanan wang atas talian bank sering menjadi tumpuan hackers. Cuma malang menimpa buat NiceHash apabila sistem mereka mereka berjaya diakses oleh hackers.

Nilai Bitcoin dijangka naik lagi sepanjang Disember ini tetapi dengan kejadian ini, mungkin pelabur perlu lebih berhati-hati dengan tempat mereka melakukan pelaburan. High risks, high returns. Setuju?

No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here