Kejutan buat AirAsia dan seluruh rakyat Malaysia. CEO AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes pada hari ini telah mengumumkan Neelofa sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif AirAsia.
Perlantikan beliau ini dipilih selepas kejayaan yang diperoleh beliau sepanjang karier menjadi usahawan melalui jenama Naelofar sekaligus menjadikan beliau sebagai ikon syarikat penerbangan ini.
Noor Neelofa Mohd Nor atau lebih dikenali dengan nama Neelofa ini ternyata individu yang sangat sesuai untuk menggalas jawatan yang baru sahaja diumumkan AirAsia.
Berjaya mengutip jualan melalui jenama Naelofar sebanyak RM200 juta sepanjang tahun ini dan melebarkan jenamanya ke 37 buah negara jelas membuktikan beliau merupakan individu yang layak untuk menggalas jawatan terbaru ini. Tidak dilupakan juga beliau antara wanita yang berjaya tersenarai di dalam Forbes 30 under 30.
Mengulas mengenai jawatan terbaru beliau, Neelofa ternyata sangat gembira dan bersedia untuk mencuba sesuatu yang baru setelah 7 tahun berada di dalam bidang keusahawanan.
Tahniah Neelofa! Anda berjaya membuktikan hasil kerja keras sebagai artis dan juga usahawan sepanjang 7 tahun ini berjaya membolehkan anda untuk dilantik sebagai pengarah penting di salah sebuah syarikat penerbangan terkenal dunia, AirAsia. Semoga lebih banyak kejayaan yang bakal ditempa buat AirAsia dan Neelofa.
No comments:
Post a Comment