Rabu Lalu, Starbucks membuka kafe terbesar mereka di Shanghai, China yang juga merupakan kafe terbesar mereka di dunia. Starbucks Roastery adalah kafe Starbucks versi lebih eksklusif dan pengalaman minum di sini pastinya berbeza dengan kafe Starbucks yang biasa.
Cawangan Starbucks Roastery yang pertama dibuka di Seattle, Amerika Syarikat pada tahun 2014. Untuk cawangan di Shanghai ini, terdapat lebih 30 pilihan jenis kopi yang berbeza dari serata dunia termasuk kopi dari kawasan Yunnan, China.
10,000 kepingan kayu buatan tangan digunakan untuk hiasan siling kafe ini. Rekaan cop mohor dan tulisan Cina menghiasi Starbucks ini menjadikan dekorasi Starbucks ini lain daripada yang lain. Starbucks ini berkeluasan 29,000 kaki persegi dan mempunyai 400 pekerja ketika ini.
Starbucks mengambil risiko besar apabila ingin memasuki dan berkembang di pasaran China. Budaya orang Cina adalah minum teh dan bukannya kopi. Tetapi kini mereka sudah mempunyai 3,000 cawangan di seluruh China dan China sudah menjadi antara pasaran terbesar dan terpenting buat Starbucks ketika ini.
Beberapa cawangan Starbucks Roastery akan dibuka tahun hadapan seperti di Milan, New York dan Tokyo. Sementara itu, jika anda akan terbang ke Shanghai dalam masa terdekat, singgahlah dahulu di cawangan terbesar Starbucks ini.
No comments:
Post a Comment