Aireen Omar Umum Letak Jawatan Dalam Lembaga Pengarah AirAsia - Nosasyraf

Breaking

Home Top Ad

Post Top Ad

Responsive Ads Here

Saturday, 16 December 2017

Aireen Omar Umum Letak Jawatan Dalam Lembaga Pengarah AirAsia

Selain daripada Tan Sri Anthony Francis “Tony” Fernandes dan Datuk Kamarudin bin Meranun, individu seperti Aireen Omar antara yang menjadi watak penting dalam perkembangan syarikat AirAsia sehingga hari ini.
Melalui sidang media yang dilakukan AirAsia pada 8 Disember, AirAsia telah mengumumkan sebuah perubahan terbaru telah dibuat dimana memperlihatkan pengunduran Aireen Omar sebagai Lembaga Pengarah AirAsia.
Titan-X-Neelofa-Titan-Purple-Casual-Chic-Look-Titan-Neo
Selain Aireen Omar, AirAsia turut mengumumkan pengunduran Tharumalingam a/l Kanagalingam sebagai salah seorang pengarah di dalam ahli lembaga pengarah AirAsia. AirAsia juga pada masa yang sama telah mengumumkan Neelofa sebagai pengarah bebas bukan eksekutif AirAsia yang terbaru.
Difahamkan perletakan jawatan Aireen Omar dan Tharumalingam ini adalah untuk menghasilkan jumlah majoriti pengarah bebas dan pengarah bukan eksekutif dalam syarikat tersebut.
maxresdefault (1)
Dalam pada itu, Aireen Omar masih lagi memegang jawatan sebagai CEO AirAsia begitu juga dengan timbalannya yang masih memegang jawatan penting dalam AirAsia.
Semoga penstrukturan ahli lembaga pengarah ini bakal memperoleh lebih banyak kejayaan buat AirAsia sekaligus mengharumkan nama Malaysia dimata dunia dengan kemenangan anugerah seperti tahun-tahun sebelumnya.

No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here