Inilah Jurugambar BERNAMA Yang 'Sama Laju' Dengan Khairul Hafiz Jantan - Nosasyraf

Breaking

Home Top Ad

Post Top Ad

Responsive Ads Here

Wednesday, 13 December 2017

Inilah Jurugambar BERNAMA Yang 'Sama Laju' Dengan Khairul Hafiz Jantan

Apabila disebut Ahmad Iskandar Kamaruzaman, 31 beliau bukan sesiapa pun yang perlu diminati dan diketahui. Tetapi sehinggalah malam tadi beliau menjadi tumpuan dalam sekelip mata dek kerana aksi lariannya yang terpaksa ‘lebih laju’ dari atlet pecut negara, Khairul Hafiz Jantan (KHJ) untuk mendapatkan momen terbaik ketika acara 100 Meter lelaki akhir pada temasya Sukan SEA KL2017 di Stadium Bukit Jalil.

Beliau yang meminati bidang fotografi sejak zaman persekolahan digelar Unsung Hero kerana tuntutan tugasnya untuk BERNAMA.



“Kalau kata unsung hero tu macam terlalu besar sebab kami jurufoto ni perakam sejarah negara. Benda yang berlaku merupakan satu kebanggaan negara. sekarang mungkin nampak biasa, tapi 10-20 tahun akan datang gambar ni akan jadi satu aset negara yang tak ternilai kerana negara berjaya lahirkan atlet yang berjaya di peringkat Asia Tenggara dan Insha Allah dunia juga,” kata beliau ketika dihubungi awal pagi ini.



“Momen seperti ini jarang berlaku untuk Malaysia ditambah pula KHJ Berjaya meraih title Raja Pecut Asia Tenggara. Pada masa ini cabaran bermula sebab KHJ memang sedang seronok meraikan kejayaannya. Dia berlari, naik ke grand stand jumpa Perdana Menteri dan Sultan Selangor, turun balik berlari lagi. Kalau boleh satu stadium dia nak pusing untuk menunjukkan betapa seronoknya dia, meraih emas untuk negara.

Kami sebagai jurufoto dan juga jurufoto agensi lain bertungkus lumus mengejar beliau. Ibarat kata, dari tak boleh berlari laju disebabkan faktor fizikal terus kami jadi macam pelari profesional,” cerita Iskandar sambil tergelak.



“Masa saya lari tu saya tak boleh fikir dah barang jatuh ke, handphone jatuh ke, sebab masa tu saya cuma fikir saya tak boleh terlepas setiap momen yang KHJ buat.



Dari berlari, melompat, sujud semua saya cuba pastikan saya tak akan tertinggal. Sebab ini merupakan tanggungjawab yang diberi untuk saya. Saya perlu laksanakan sebaik mungkin keranan beban yang saya pikul adalah nama unit fotoBERNAMA dan secara tak langsung saya membawa nama BERNAMA.”


“Saya dan rakan-rakan yang bertugas di Sukan SEA 2017 cuba bagi yang terbaik agar kita dapat merakam detik-detik hebat negara,” jelas beliau lagi.

No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here