Nampaknya tiada yang dapat menahan nilai Bitcoin dari terus melonjak. Terkini, nilai Bitcoin sudah melepasi paras USD14,000 (RM57,000+-) dan merupakan nilai tertinggi yang dicatatkan mata wang kripto ini.
Menariknya, Nilai Bitcoin ini didagangkan bawah USD1,000 pada awal tahun ini. Nilainya meningkat berlipat kali ganda selepas lebih ramai yang membuat pelaburan dalam sistem mata wang kripto ini.
Dengan mencapai paras terbaru ini, nilai Bitcoin untuk year-to-date(YTD) meningkat sehingga 1,350%, satu peningkatan yang tidak mungkin akan berlaku kepada mata wang konvensional. Walaupun nilai Bitcoin ini turun sedikit dua hari lalu, ianya kembali meningkat dari paras USD12,000 kepada USD14,000 dalam masa 24 jam sahaja.
Nampak menarik permainan Bitcoin ini. Adakah ini masanya untuk kita mula berjinak-jinak dengan mata wang kripto ini? Apa pendapat anda?
No comments:
Post a Comment