PELAKON Aeril Zafrel memohon maaf kepada pihak yang menganggap dia dan keluarga terpesong dari landasan agama disebabkan anaknya bergambar dengan pokok Krismas.
Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari, 29, berkata dia tidak mempunyai pokok untuk hari Natal itu dan hanya menjumpai di hotel tempat penginapannya sekeluarga.
"Saya minta maaf ya. Kalau disebabkan gambar anak saya bergambar dengan pokok krismas ini boleh terpesong dari agama.
"Untuk pengetahuan pokok Krismas itu bukan kat rumah saya. Pokok itu kami jumpa kat hotel tempat kami duduk," kata Aeril menerusi kapsyen di Instagramnya.
Aeril memuat naik foto anak perempuannya, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 2, dengan pokok krismas di laman Instagramnya mendapat perhatian.
Aeril menjelaskan bahawa pokok krismas itu bukan berada di rumahnya.
Ada beberapa netizen menganggap pelakon drama bersiri Mandatori ini sudah terpesong kerana menyambut hari perayaan tersebut.
Bagaimanapun, ramai peminat Aeril yang memberi pendapat tidak salah untuk bergambar dengan pokok tersebut.
Malah, mereka menyelar semula netizen yang suka meninggalkan komen-komen negatif dan menjatuhkan hukum dengan mudah.
"Tak kan bergambar pun tak boleh? Saya ni kalau jumpa pokok Krismas besar saya pun bergambar ukan nak niat meraikan atau apa.
"Rasa tak ada pula terpesong akidah saya. Tapi org sekarang suka menghukum orang dengan alasan yang tak masuk akal," kata pemilik akaun @sitinurulain269.
Manakala akaun bernama @aja_jo92 berkata, "Keluarga saya pakai purdah ambil gambar kat pokok itu tak ada masalah la.
"Apa la korang ini. Budak-budak biasalah suka benda yang cantik lampu. Jangan suka menjatuhkan hukum. Kita ini siapa."
Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Ahmad Fakharuddin Attar, 4, dan Hayla.
Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/12/14/aeril-mohon-maaf/#QRLgLPmYUdjoZefR.99
No comments:
Post a Comment